Diskaun Istimewa Bulan Ini! Jimat 20% Dengan Penggunaan Kod Kupon: EMEL24
Formula jualan mencanak berdasarkan pengalaman saya menulis lebih 5,000 e-mel promo...
Selepas menulis lebih daripada 5,000 e-mel promo sendiri dan membuat hebahan lebih daripada 100 juta e-mel sepanjang kerjaya Internet saya, saya baru lancarkan panduan terkini saya iaitu Rahsia E-Mel Marketing!
Tapi sebelum saya beri penerangan lebih lanjut, saya ingin utarakan beberapa soalan kepada anda...
Adakah anda ada perniagaan sendiri dan nak lebih banyak sales?
Adakah anda sedang menghadapi cabaran nak buat follow-up tapi mungkin tak ada banyak masa dan takut menganggu?
Anda tengah kejar leads tapi bukan semua mahu beli sekarang?
Anda kerja dalam bidang jualan, nak tingkatkan keuntungan sebanyak 20%... 50%... berlipat ganda kalau boleh?
Mungkin anda pernah cuba cara-cara seperti SMS blast dan cold calling, tapi results macam sendu je?
Kalau anda jawab ya, saya syorkan anda baca tiap-tiap perkataan dalam mesej saya ini.
Soal nak dapatkan panduan saya ke tidak, itu letak tepi dulu. Pertama sekali, saya ingin kongsikan satu idea dengan anda yang besar kemungkinan boleh mengubah nasib perniagaan dan hasil jualan anda.
Semasa saya mengarang mesej ini, inilah hasil terkini daripada kempen hebahan e-mel ke atas database saya. Pada hakikatnya, saya sudah lama menggunakan teknik pemasaran e-mel sejak awal lagi saya mula kerjaya sebagai seorang Internet Marketer.
Di samping menjual produk dan perkhidmatan melalui Internet, saya pernah juga muncul dalam akhbar tempatan seperti The Star, Borneo Post, dan Management Malaysia.
Pada permulaan kerjaya Internet Marketing saya, saya di peringkat menjana beberapa ratus RM sebulan. Saya frust macam mana nak tingkatkan jualan bulanan saya supaya boleh sekurang-kurangnya mencapai ribuan RM.
Saya dapati bahawa bagi setiap 100 orang yang melawat website saya, mungkin hanya 1 hingga 4 orang akan beli dengan serta-merta manakala yang baki 96 orang takkan ambil apa-apa tindakan dan mungkin tidak akan kembali lagi.
Amat merugikan, betul?
Ketika itu, saya dengar ada satu mantra popular di forum marketing iaitu
"the money is in the list."
Maksudnya kalau saya nak bina perniagaan yang lebih kukuh dan boleh terus menjana jualan, saya patut tumpukan pembinaan database, dan bukan semata-mata nak tarik pelawat layar website saja!
Dan apabila saya ada database, saya boleh hantar e-mel kepada prospek dan pelanggan saya pada bila-bila masa!
1. Bila orang layar website saya, saya cuba dapatkan butiran mereka (nama, e-mel, no telefon optional)
2. Biar masuk database saya dulu, nanti saya boleh e-mel mereka melalui autoresponder dengan tujuan membina hubungan profesional, demonstrate value, dan buat promosi atau tawaran
Masuk akal, kan?
Pada awalnya, saya tidak begitu berjaya dengan teknik yang saya baru pelajari dan asalnya tiada hasil kelihatan. Terus terang, saya hampir putus asa tapi saya hantar satu lagi e-mel ke list saya yang kecil ketika itu... dan saya dapat saksikan sale pertama saya!
Saya baru tahu, nak hebah e-mel ke database pun kena ikut formula dan cara-cara tertentu.
Di kalangan peniaga di Malaysia, ada ramai yang mempunyai persepsi yang tidak begitu tepat mengenai penggunaan e-mel.
Ada yang berpendapat e-mel sudah menjadi tidak relevan kerana populariti media sosial. Ada yang mempunyai sangkaan negatif kerana penggunaan e-mel yang salah seperti spam dan cara ditulis. Dan ada juga yang berpandangan e-mel marketing ini dah tepu.
Di sini saya kongsikan 6 sebab e-mel masih relevan, masih power dan digunakan secara besar-besaran oleh syarikat, jenama dan public figure...
Menurut GetResponse, "E-mail Marketing is still the leading sales channel online". Walaupun Internet nampaknya didominasi dengan media sosial, e-mel masih penting kerana ianya benda paling asas yang diperlukan untuk mendaftar mana-mana akaun secara talian. Juga, e-mel biasanya dibuka dan dibaca terlebih dahulu pada permulaan hari bagi kebanyakan orang serata dunia!
Biasanya ramai orang tak beli pada awalnya ada banyak sebab seperti kurang percaya, rasa tak perlu, tak begitu minat sekarang, tak mampu bayar, dll. Dengan e-mel, anda boleh ambil peluang ini untuk share lebih tentang anda, produk anda, testimonial, cerita dan latar belakang, dsb. Yang best sekali, dengan e-mel marketing anda boleh setup kempen ini untuk jalan secara otomatis!
Katakan anda mencapai conversion rate jualan 4%, ini bermaksud baki 96% leads itu kehilangan kerana tak sempat nak touch base. Sekarang dengan e-mel marketing, anda masih boleh follow-up dengan mereka dan tingkatkan conversion rate. Kalaupun anda berjaya dapat 2 lagi pelanggan, ini bermaksud ada peningkatan 50% dalam hasil jualan!
Inilah cara online marketer dan bisnes menjana jualan pada bila-bila masa sebab mereka boleh hantar e-mel kepada list database mereka pada bila-bila masa!
Sedar ke tidak, kita sebenarnya tak memiliki akaun media sosial kita di Facebook, Instagram, dsb. ini semua dimiliki syarikat berkenaan dan mereka berhak suspend akaun bila-bila masa. Lagipun, kita tak ada details Fans dan followers seperti emel dan no telefon mereka, melainkan kita minta dari mereka. Satu lagi sebab kenapa anda perlu buat e-mel marketing kalau belum buat lagi!
Nak bincang kos, cuma yuran autoresponder tiap-tiap bulan yang biasanya USD20 atau RM80+ untuk permulaan (upgrade nanti bila database lebih besar) Bagi yang tak tahu, autoresponder itu satu software untuk simpan database dan ada fitur untuk buat hebahan e-mel. Dengan kos ciput ini, cuma dapat 1 pelanggan dah boleh cover!
Kalau anda seorang peniaga, marketer, ejen, affiliate, jurujual, coach, consultant, atau jurulatih...
Anda menjual produk atau perkhidmatan...
Anda tengah kejar leads atau sudah ada senarai database pelanggan / prospek...
Anda berpeluang untuk meroket hasil jualan anda sehingga berlipat ganda dengan pemasaran e-mel!
Setup tidak rumit, dan memandangkan ramai lagi bisnes di Malaysia kurang menggunakan e-mel (dengan betul) tak hairan jika anda boleh jadi market leader atau hentam pesaing kaw kaw dengan hanya menambahkan komponen ini kepada strategi pemasaran anda!
Ini Buku PDF yang saya karangkan berdasarkan pengalaman menulis lebih daripada 5,000 e-mel promo dan hebahan lebih 100 juta e-mel sepanjang kerjaya pemasaran Internet saya.
Kalau anda berhasrat nak tingkatkan jualan, closing dan jaminkan pendapatan dari senarai database prospek dan pelanggan anda, panduan saya ini mesti dapat!
Strategi pemasaran e-mel saya boleh digunakan untuk apa-apa bisnes, samada tempatan atau antarabangsa. Dan panduan ini ditulis ringkas dan padat untuk newbie supaya anda boleh baca sekarang, implement hari ini.
Kesimpulannya...
Teknik e-mel marketing berkesan dalam kebanyakan perniagaan jika dilaksanakan dengan betul, dan saya tunjuk jalan dalam panduan saya!
Sekiranya anda dalam bidang penjualan dan ingin convert leads kepada sales sebanyak mungkin...
Anda sudah ada atau tengah membina database pelanggan atau prospek dan ingin 'monetize' sebanyak boleh...
... Serius, saya sarankan anda gunapakai teknik pemasaran e-mel!
Melalui panduan saya, anda akan dapati nak setup kempen buat e-mel marketing bukannya rumit dan kos pun amat ciput.
Dan memandangkan ramai lagi bisnes di Malaysia kurang menggunakan e-mel (dengan betul) ini peluang keemasan anda bukan sahaja untuk mengaut sebanyak jualan mungkin, tak hairan jika anda boleh jadi Market Leader dengan hanya menambahkan komponen ini kepada strategi pemasaran anda!
Sebelum saya umumkan harga, mungkin anda perlu tanyakan diri apa kos sebenar selagi TAK praktikkan pemasaran e-mel dalam perniagaan.
Boleh jadi sales sebenarnya boleh dioptimumkan sebanyak 20% atau 30% lagi? Atau 2 kali ganda? ... 10 kali ganda?
Atau susah nak untung bersih kerana kos iklan berbayar dah telan pendapatan upfront?
Atau rugi kalau tak sempat nak follow up dengan semua leads yang ada.
Saya pertimbangkan nak kenakan yuran RM497 untuk panduan ini. Sebab bagi saya, ini bukan 'buku' tapi pengalaman saya buat pemasaran e-mel yang mampu membina bisnes 6... 7 angka setahun.
Sekurang-kurangnya, anda hanya perlu jual beberapa unit produk atau peroleh 1 klien, dah beres yuran ini!
Tapi sudah pasti ada orang yang harap panduan ini boleh murah sikit.
Baiklah. Macam ini.
Memandangkan panduan ini masih baru, saya mahu buktikan panduan ini boleh menolong bisnes anda jana dan convert lebih banyak sales (dan bukan jual air liur) jadi saya buat keputusan untuk jadikan harga panduan ini mampu milik.
Untuk menguasai kemahiran e-mel marketing, memang wajib kena pakai autoresponder. Biasanya autoresponder macam Aweber berharga USD20 ataupun ~RM90 sebulan.
Tapi anda bernasib baik kerana autoresponder kegemaran saya baru sahaja umumkan mereka boleh sponsor akaun percuma! Jadi anda boleh daftarkan akaun, cuba test drive dan pakai untuk kegunaan kecil atau sebagai starter dulu.
Saya diberi kebenaran untuk sponsor akaun autoresponder Aweber percuma:
- Boleh support sehingga 500 subscribers
- Boleh hantar sampai 3,000 e-mel sebulan
- 1 list
- Upgrade bila kegunaan serius
Atas permintaan hangat pelanggan, saya telah dirikan satu FB Group Support untuk semua pelanggan saya yang berhasrat untuk ikuti saya dalam perjalanan jadi "the next Internet Marketing rockstar"!
Saya kongsikan strategi dan pandangan saya sebagai usahawan Internet dari masa ke semasa.
Ada peraturan-peraturan dan S.O.P. yang perlu diikuti untuk mendapat manfaat maksima dari Group ini, kerana saya ingin ciptakan satu budaya positif di kalangan online marketer Malaysia.
Bonus ini... susah nak terakan nilai (jadi, priceless?)
Macam ini. Anda boleh tempah Rahsia Emel Marketing hari ini dan cuba test dulu untuk 30 hari seterusnya. Jika anda dapati panduan ini tak begitu bermanfaat atau setimpal dengan nilai dan harga, biar saya tahu. Saya akan refund bayaran anda dan ambil feedback untuk naiktaraf panduan ini.
Kenapa saya begitu yakin? Sebab results saya sendiri dan pelajar-pelajar saya yang ikut training ini.
Jadi yang penting sekarang, anda hanya perlu beri diri sendiri peluang untuk cuba! On tak on? 🙂
Salam Hangat,
Ini gambar saya di San Diego, Amerika Syarikat, ketika saya menghadiri persidangan 3 hari "Traffic & Conversion Summit".
Saya telah membayar yuran VIP sebanyak USD997 (atau lebih RM4,000) untuk hadir persidangan live ini dan belajar teknik pemasaran Internet terkini (termasuk e-mel marketing) dari guru-guru antarabangsa seperti Ryan Deiss, Frank Kern, Gary Vaynerchuk, dll. dan ini belum kira lagi kos penerbangan dan penginapan di hotel!
Sudah pasti ada orang tanya...
"Edmund, Mengapa Kamu Sanggup Bayar Yuran Yang Mahal, Dan Menjelajah Seorang Ke Negara Yang Sangat Jauh?"
Kerana bagi saya, ini bukan 'kos' tapi PELABURAN.
Kerana apa yang saya belajar dan bawa balik, saya yakin saya boleh grow bisnes saya berlipat kali ganda.
Dan benar juga, selepas saya hantar 1 atau 2 e-mel ke database saya, sales saya pun dah cover 'Lawatan Sambil Belajar' saya! Itulah power E-Mel Marketing.
Jadi Bayangkan Sekarang...
Kalau Anda Boleh Tingkatkan Jualan Sebanyak 20% Bulan Ini? 30%? Atau 2 Kali Ganda? Atau Dapat Tambah Beberapa Orang Klien Lagi?
Dan Anda Hanya Perlu Hantar E-Mel Saja... Berbaloi Tak?
Sewajarnya saya patut kenakan harga tinggi untuk akses info ini. Akan tetapi, saya nak buat harga mampu milik kerana saya 2 tujuan:
1. Memupuk kesedaran bahawa E-Mel Marketing berkesan sekiranya dilaksanakan dengan betul, dan
2. Kalau anda dapat results dari panduan saya, saya harap anda boleh terus jadi pelanggan saya untuk training yang akan datang. Cuma nak terus terang hasrat saya.
Apa pun, sekarang anda hanya perlu jual 1-2 unit atau dapat 1 Klien, dah beres yuran panduan ini dengan mudah.
S: Adakah panduan e-mel marketing ini sesuai untuk saya?
J: Kalau anda jual produk atau perkhidmatan, terlibat dalam bidang jualan, nak leverage supaya boleh e-mel semua prospek dan pelanggan sekaligus tanpa hubungi satu per satu, ya saya galakkan anda dapatkan panduan saya.
S: Apa yang saya perlukan untuk jayakan teknik pemasaran e-mel ini?
J: Anda perlu ada autoresponder. Autoresponder ialah sejenis software atau perkhidmatan online di mana anda boleh simpan database prospek / pelanggan, dan boleh hebah e-mel kepada list anda pada bila-bila masa, atau ditetapkan mengikut jadual.
Jangan bimbang kalau belum ada autoresponder. Sebagai bonus permulaan, saya tajakan satu akaun dengan Aweber, satu servis autoresponder yang saya guna dan percayai sekian lama.
S: Berapa kos anggaran untuk buat e-mel marketing?
J: Kalau baru, boleh start percuma dulu. Kemudian bila list semakin besar, baru autoresponder akan kenakan yuran bulanan bermula dari kira-kira USD20 (RM80-90) sebulan ke atas.
S: Apakah jaminan yang saya boleh dapat result dengan teknik Emel Marketing kamu?
J: Kalau baru, boleh start percuma dulu. Kemudian bila list semakin besar, baru autoresponder akan kenakan yuran bulanan bermula dari kira-kira USD20 (RM80-90) sebulan ke atas.
Tapi jangan bimbang, kerana kos bulanan ini amat ciput anda boleh beres dengan menjual 1 atau beberapa unit produk sendiri, atau 1 klien dah settle 🙂
S: Kalau saya ini tak begitu pandai menulis, masih bolehkah?
J: Ya boleh. Pemasaran e-mel bukan bergantung kepada tulisan e-mel panjang (saya jelaskan sebab saya dalam panduan ini) sebaliknya e-mel yang pendek dan straight-to-the-point lebih digalakkan. Tak perlu begitu pakar dengan menulis ataupun terlalu jaga tatabahasa (tengok halaman web ini, anda pun dah tahu haha)
S: Hmmm, tapi orang Malaysia ada baca e-mel ke?
J: Ya, dan beli melalui e-mel juga! Saya tahu sebab saya market kepada orang Malaysia juga!
S: Ini buku fizikal atau digital?
J: Digital. Lepas bayar, dapat akses terus. Kalau tak dapat, hubungi saya dan sertakan bukti bayaran.
S: Saya kena ada database sendiri?
J: Kalau dah ada, bagus. Kalau belum lagi, tak apa. Pemasaran e-mel ini patut dibuat samada list anda kecil atau besar atau masih membina.
Penafian Pendapatan | Polisi Privasi | Terma & Syarat | Support Helpdesk | Affiliate
Hak Cipta (c) InternetMarketingMalaysia.com. Hak cipta terpelihara. Laman ini bukan sebahagian dari laman web Facebook atau Facebook Inc. Selain itu, laman web ini tidak disokong oleh Facebook dengan cara apapun. Facebook adalah tanda dagangan Facebook, Inc.