Kami, IM Malaysia ("IM Malaysia", "kami"),
menggunakan dan memproses maklumat peribadi yang diambil dari atau
diberi oleh pelanggan, rakan perniagaan dan semua pihak yang berurusan
dengan kami (secara keseluruhannya, “Pelanggan”) untuk pelbagai tujuan,
termasuk pembangunan dan promosi produk dan servis yang lebih baik untuk
kepuasan Pelanggan. Terma “maklumat peribadi” mempunyai makna yang sama
dengan “butiran peribadi” seperti yang dicirikan dalam Akta
Perlindungan Butiran Peribadi 2010 (“PDPA”) yang termasuk nama, alamat
e-mel, alamat surat-menyurat, tarikh lahir, nombor telefon, nombor kad
pengenalan dan maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti
Pelanggan. Terma “menggunakan” dan “memproses” mempunyai makna yang sama
dengan “pemprosesan” seperti yang dicirikan dalam PDPA yang bermaksud,
antara lainnya, mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, dll. IM
Malaysia sedar yang mengurus dan melindungi maklumat peribadi dengan
betul adalah tanggungjawab penting, dan perlu untuk mengekalkan
kepercayaan Pelanggan yang memberi maklumat peribadi mereka kepada kami.
Untuk memenuhi tanggungjawab ini, IM Malaysia mematuhi semua
undang-undang dan peraturan berkaitan perlindungan maklumat peribadi
(“Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi”), dan bekerja untuk
mengurus dan melindungi maklumat peribadi dengan betul selaras dengan
Polisi ini.
IM Malaysia akan menggunakan maklumat peribadi Pelanggan hanya untuk tujuan yang dikongsi kepada Pelanggan pada waktu maklumat itu diambil dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini (“Skop Penggunaan”), dan tidak akan menggunakan maklumat itu untuk apa-apa tujuan lain melainkan telah mendapat kebenaran dari Pelanggan atau dimana ianya dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang.
Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, IM Malaysia mungkin akan
menggunakan maklumat peribadi Pelanggan untuk tujuan berikut:-
(a) untuk pembangunan dan promosi produk dan servis yang lebih baik untuk kepuasan Pelanggan;
(b) untuk membolehkan ia
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dibawah apa-apa undang-undang
yang berkaitan, termasuk undang-undang dan peraturan anti pengubahan
wang haram;
(c) untuk membolehkan ia menjalankan tanggungjawab kontraknya;
(d) untuk memberi Pelanggan maklumat tentang produk dan servis IM Malaysia;
(e) untuk mengekalkan dan mengemaskini rekod Pelanggan; dan
(f) untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan atau untuk pelanjutan tujuan-tujuan diatas.
Maklumat peribadi Pelanggan mungkin akan dipindahkan keluar dari Malaysia.
Maklumat peribadi Pelanggan diambil dari pelbagai sumber, termasuk maklumat yang diberi oleh Pelanggan sendiri atau orang lain yang bertindak bagi pihak Pelanggan, maklumat dari pihak ketiga atau maklumat dalam domain awam.
Pelanggan diperlukan untuk memberi maklumat peribadi yang diperlukan untuk diproses oleh atau bagi pihak IM Malaysia seperti yang dicirikan diatas. Jika Pelanggan tidak bersetuju untuk memberi maklumat peribadi tersebut kepada IM Malaysia mengikut Polisi ini, IM Malaysia tidak boleh untuk mematuhi sebarang tanggungjawab kontraknya kepada Pelanggan dan, IM Malaysia tidak boleh memberikan servis yang berkesan kepada Pelanggan.
IM Malaysia telah mengenakan langkah-langkah berikut untuk mengurus dan melindungi maklumat peribadi Pelanggan dengan betul:
IM Malaysia tidak akan memberikan atau berkongsi maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga kecuali dalam kes-kes berikut:
Walau apa pun perkara diatas dan tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, IM Malaysia mungkin berkongsi maklumat peribadi Pelanggan kepada:-
Walaupun orang itu mungkin berada diluar Malaysia, untuk mana-mana tujuan diatas atau tujuan lain yang mana maklumat peribadi Pelanggan telah diberi pada waktu pengambilannya.
Anda boleh melakukan yang berikut pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui alamat e-mel atau nombor telefon yang diberikan di laman web kami:
• Lihat data berkaitan diri anda, jika ada.
• Pinda / membetulkan sebarang data yang kami ada mengenai anda.
• Memadam mana-mana data yang kami ada mengenai anda.
• Menyatakan apa-apa kebimbangan yang anda ada mengenai penggunaan data anda.