Diskaun Istimewa Bulan Ini! Jimat 20% Dengan Penggunaan Kod Kupon: EMEL24

Formula jualan mencanak berdasarkan pengalaman saya menulis lebih 5,000 e-mel promo...

"Rahsia Mudah Dan Cara Pantas Untuk Roketkan Sales, Tingkatkan Closing Dan Conversion Rate Melalui E-Mel Tiap-Tiap Hari!"

Selepas menulis lebih daripada 5,000 e-mel promo sendiri dan membuat hebahan lebih daripada 100 juta e-mel sepanjang kerjaya Internet saya, saya baru lancarkan panduan terkini saya iaitu Rahsia E-Mel Marketing!

Tapi sebelum saya beri penerangan lebih lanjut, saya ingin utarakan beberapa soalan kepada anda...

Adakah anda ada perniagaan sendiri dan nak lebih banyak sales?

Adakah anda sedang menghadapi cabaran nak buat follow-up tapi mungkin tak ada banyak masa dan takut menganggu?

Anda tengah kejar leads tapi bukan semua mahu beli sekarang?

Anda kerja dalam bidang jualan, nak tingkatkan keuntungan sebanyak 20%... 50%... berlipat ganda kalau boleh?

Mungkin anda pernah cuba cara-cara seperti SMS blast dan cold calling, tapi results macam sendu je?

Kalau anda jawab ya, saya syorkan anda baca tiap-tiap perkataan dalam mesej saya ini.

Soal nak dapatkan panduan saya ke tidak, itu letak tepi dulu. Pertama sekali, saya ingin kongsikan satu idea dengan anda yang besar kemungkinan boleh mengubah nasib perniagaan dan hasil jualan anda.

Nama Saya Edmund Loh Dan Saya Telah Berniaga Secara Online Sejak Tahun 2005.

Semasa saya mengarang mesej ini, inilah hasil terkini daripada kempen hebahan e-mel ke atas database saya. Pada hakikatnya, saya sudah lama menggunakan teknik pemasaran e-mel sejak awal lagi saya mula kerjaya sebagai seorang Internet Marketer.

Di samping menjual produk dan perkhidmatan melalui Internet, saya pernah juga muncul dalam akhbar tempatan seperti The Star, Borneo Post, dan Management Malaysia.

Satu-Satunya Faktor Kejayaan Perniagaan Internet Saya Ialah Pemasaran E-Mel...

Pada permulaan kerjaya Internet Marketing saya, saya di peringkat menjana beberapa ratus RM sebulan. Saya frust macam mana nak tingkatkan jualan bulanan saya supaya boleh sekurang-kurangnya mencapai ribuan RM.

Saya dapati bahawa bagi setiap 100 orang yang melawat website saya, mungkin hanya 1 hingga 4 orang akan beli dengan serta-merta manakala yang baki 96 orang takkan ambil apa-apa tindakan dan mungkin tidak akan kembali lagi.

Amat merugikan, betul?

Ketika itu, saya dengar ada satu mantra popular di forum marketing iaitu

"the money is in the list."

Maksudnya kalau saya nak bina perniagaan yang lebih kukuh dan boleh terus menjana jualan, saya patut tumpukan pembinaan database, dan bukan semata-mata nak tarik pelawat layar website saja!

Dan apabila saya ada database, saya boleh hantar e-mel kepada prospek dan pelanggan saya pada bila-bila masa!

Kalau Saya Rumuskan Strategi Ini Secara Mudah...

1. Bila orang layar website saya, saya cuba dapatkan butiran mereka (nama, e-mel, no telefon optional)

2. Biar masuk database saya dulu, nanti saya boleh e-mel mereka melalui autoresponder dengan tujuan membina hubungan profesional, demonstrate value, dan buat promosi atau tawaran

Masuk akal, kan?

Pada awalnya, saya tidak begitu berjaya dengan teknik yang saya baru pelajari dan asalnya tiada hasil kelihatan. Terus terang, saya hampir putus asa tapi saya hantar satu lagi e-mel ke list saya yang kecil ketika itu... dan saya dapat saksikan sale pertama saya!

Saya baru tahu, nak hebah e-mel ke database pun kena ikut formula dan cara-cara tertentu.

Sejak Itu, Saya Tegar Menggunakan E-mel Untuk Dapatkan Hasil Seperti...

Tapi E-mel Marketing... Masih Lakukah Hari Ini?

Di kalangan peniaga di Malaysia, ada ramai yang mempunyai persepsi yang tidak begitu tepat mengenai penggunaan e-mel. 

Ada yang berpendapat e-mel sudah menjadi tidak relevan kerana populariti media sosial. Ada yang mempunyai sangkaan negatif kerana penggunaan e-mel yang salah seperti spam dan cara ditulis. Dan ada juga yang berpandangan e-mel marketing ini dah tepu.

Di sini saya kongsikan 6 sebab e-mel masih relevan, masih power dan digunakan secara besar-besaran oleh syarikat, jenama dan public figure...

E-mel Masih Saluran Jualan No. 1 Secara Online

Menurut GetResponse, "E-mail Marketing is still the leading sales channel online". Walaupun Internet nampaknya didominasi dengan media sosial, e-mel masih penting kerana ianya benda paling asas yang diperlukan untuk mendaftar mana-mana akaun secara talian. Juga, e-mel biasanya dibuka dan dibaca terlebih dahulu pada permulaan hari bagi kebanyakan orang serata dunia!

Bina Hubungan Profesional

Biasanya ramai orang tak beli pada awalnya ada banyak sebab seperti kurang percaya, rasa tak perlu, tak begitu minat sekarang, tak mampu bayar, dll. Dengan e-mel, anda boleh ambil peluang ini untuk share lebih tentang anda, produk anda, testimonial, cerita dan latar belakang, dsb. Yang best sekali, dengan e-mel marketing anda boleh setup kempen ini untuk jalan secara otomatis!

Boleh Follow-Up Dengan Prospek

Katakan anda mencapai conversion rate jualan 4%, ini bermaksud baki 96% leads itu kehilangan kerana tak sempat nak touch base. Sekarang dengan e-mel marketing, anda masih boleh follow-up dengan mereka dan tingkatkan conversion rate. Kalaupun anda berjaya dapat 2 lagi pelanggan, ini bermaksud ada peningkatan 50% dalam hasil jualan!

Jual Lebih Banyak Produk Atau Dapatkan Lebih Banyak Klien

Inilah cara online marketer dan bisnes menjana jualan pada bila-bila masa sebab mereka boleh hantar e-mel kepada list database mereka pada bila-bila masa!

Anda Dapat Mengawal Dan Memiliki Database Sendiri

Sedar ke tidak, kita sebenarnya tak memiliki akaun media sosial kita di Facebook, Instagram, dsb. ini semua dimiliki syarikat berkenaan dan mereka berhak suspend akaun bila-bila masa. Lagipun, kita tak ada details Fans dan followers seperti emel dan no telefon mereka, melainkan kita minta dari mereka. Satu lagi sebab kenapa anda perlu buat e-mel marketing kalau belum buat lagi!

E-Mel Marketing Mudah Dikendalikan Dan Kos Amat Rendah!

Nak bincang kos, cuma yuran autoresponder tiap-tiap bulan yang biasanya USD20 atau RM80+ untuk permulaan (upgrade nanti bila database lebih besar) Bagi yang tak tahu, autoresponder itu satu software untuk simpan database dan ada fitur untuk buat hebahan e-mel. Dengan kos ciput ini, cuma dapat 1 pelanggan dah boleh cover!

Anda Ada Peluang Emas Untuk Menguasai Pemasaran E-Mel Dengan Mudah Dan Cepat...

Kalau anda seorang peniaga, marketer, ejen, affiliate, jurujual, coach, consultant, atau jurulatih...

Anda menjual produk atau perkhidmatan...

Anda tengah kejar leads atau sudah ada senarai database pelanggan / prospek...

Anda berpeluang untuk meroket hasil jualan anda sehingga berlipat ganda dengan pemasaran e-mel!

Setup tidak rumit, dan memandangkan ramai lagi bisnes di Malaysia kurang menggunakan e-mel (dengan betul) tak hairan jika anda boleh jadi market leader atau hentam pesaing kaw kaw dengan hanya menambahkan komponen ini kepada strategi pemasaran anda!

Dengan Bangganya... Memperkenalkan Panduan Terkini Saya "Rahsia Emel Marketing"!

Ini Buku PDF yang saya karangkan berdasarkan pengalaman menulis lebih daripada 5,000 e-mel promo dan hebahan lebih 100 juta e-mel sepanjang kerjaya pemasaran Internet saya.

Kalau anda berhasrat nak tingkatkan jualan, closing dan jaminkan pendapatan dari senarai database prospek dan pelanggan anda, panduan saya ini mesti dapat!

Strategi pemasaran e-mel saya boleh digunakan untuk apa-apa bisnes, samada tempatan atau antarabangsa. Dan panduan ini ditulis ringkas dan padat untuk newbie supaya anda boleh baca sekarang, implement hari ini.

Apa yang anda akan belajar...

Rahsia E-mel Marketing: bagaimana benar-benar menggunakan e-mel untuk roketkan jualan, tingkatkan closing dan bina hubungan padu dengan prospek, subscriber dan pelanggan
Tujuan sebenar E-mel Marketing dan mengapa ramai peniaga buat kesilapan ini (supaya anda jangan ulangi!)
Formula E-mel Marketing: saya kongsikan 4 formula asas tapi power yang anda boleh pakai
Bagaimana menulis e-mel yang akan dibuka dan dapatkan klik (tingkatkan open rate, click rate)
Bagaimana mendapat ilham dan idea dan tulis e-mel dalam masa beberapa minit sahaja
Langkah-demi-langkah bagaimana dapatkan autoresponder dan setup untuk bina database e-mel sendiri walaupun anda bukan orang teknikal
Siri e-mel 5 bahagian saya untuk bina kredibiliti, tawan hati pelanggan iaitu 'click to customer'
Berapa kerap patutkah anda hantar e-mel, dan masa / hari paling best
Bagaimana proses ini boleh di-otomatikkan atau dijadualkan terlebih dahulu
Dan banyak lagi...

Adakah Teknik E-Mel Ini Khusus Untuk Sebilangan Peniaga Sahaja? Anda Menilai Sendiri...

Kesimpulannya...

Teknik e-mel marketing berkesan dalam kebanyakan perniagaan jika dilaksanakan dengan betul, dan saya tunjuk jalan dalam panduan saya!

Siapa Boleh Pakai Teknik Pemasaran E-Mel?

Peniaga
Marketer
Ejen
Affiliate
Jurujual
Coach, Consultant, Jurulatih
Penjual perkhidmatan
Penjual produk fizikal
E-Commerce
Pengarang

Sekiranya anda dalam bidang penjualan dan ingin convert leads kepada sales sebanyak mungkin...

Anda sudah ada atau tengah membina database pelanggan atau prospek dan ingin 'monetize' sebanyak boleh...

... Serius, saya sarankan anda gunapakai teknik pemasaran e-mel!

Melalui panduan saya, anda akan dapati nak setup kempen buat e-mel marketing bukannya rumit dan kos pun amat ciput.

Dan memandangkan ramai lagi bisnes di Malaysia kurang menggunakan e-mel (dengan betul) ini peluang keemasan anda bukan sahaja untuk mengaut sebanyak jualan mungkin, tak hairan jika anda boleh jadi Market Leader dengan hanya menambahkan komponen ini kepada strategi pemasaran anda!

"Menarik! Jadi, Berapakah Harga Panduan Ini?"

Sebelum saya umumkan harga, mungkin anda perlu tanyakan diri apa kos sebenar selagi TAK praktikkan pemasaran e-mel dalam perniagaan.

Boleh jadi sales sebenarnya boleh dioptimumkan sebanyak 20% atau 30% lagi? Atau 2 kali ganda? ... 10 kali ganda?

Atau susah nak untung bersih kerana kos iklan berbayar dah telan pendapatan upfront?

Atau rugi kalau tak sempat nak follow up dengan semua leads yang ada.

Saya pertimbangkan nak kenakan yuran RM497 untuk panduan ini. Sebab bagi saya, ini bukan 'buku' tapi pengalaman saya buat pemasaran e-mel yang mampu membina bisnes 6... 7 angka setahun.

Sekurang-kurangnya, anda hanya perlu jual beberapa unit produk atau peroleh 1 klien, dah beres yuran ini!

Tapi sudah pasti ada orang yang harap panduan ini boleh murah sikit.

Baiklah. Macam ini.

Memandangkan panduan ini masih baru, saya mahu buktikan panduan ini boleh menolong bisnes anda jana dan convert lebih banyak sales (dan bukan jual air liur) jadi saya buat keputusan untuk jadikan harga panduan ini mampu milik.

Tempah Sekarang Dan Dapatkan Bonus Ini...

BONUS #1: Akaun Autoresponder Aweber
RM90 Sebulan TAJAAN PERCUMA

Untuk menguasai kemahiran e-mel marketing, memang wajib kena pakai autoresponder. Biasanya autoresponder macam Aweber berharga USD20 ataupun ~RM90 sebulan.

Tapi anda bernasib baik kerana autoresponder kegemaran saya baru sahaja umumkan mereka boleh sponsor akaun percuma! Jadi anda boleh daftarkan akaun, cuba test drive dan pakai untuk kegunaan kecil atau sebagai starter dulu.

Saya diberi kebenaran untuk sponsor akaun autoresponder Aweber percuma:

- Boleh support sehingga 500 subscribers
- Boleh hantar sampai 3,000 e-mel sebulan
- 1 list
- Upgrade bila kegunaan serius

BONUS #2: FB Group Support
TIDAK TERNILAI?? PERCUMA

Atas permintaan hangat pelanggan, saya telah dirikan satu FB Group Support untuk semua pelanggan saya yang berhasrat untuk ikuti saya dalam perjalanan jadi "the next Internet Marketing rockstar"!

Saya kongsikan strategi dan pandangan saya sebagai usahawan Internet dari masa ke semasa.

Ada peraturan-peraturan dan S.O.P. yang perlu diikuti untuk mendapat manfaat maksima dari Group ini, kerana saya ingin ciptakan satu budaya positif di kalangan online marketer Malaysia.

Bonus ini... susah nak terakan nilai (jadi, priceless?)

Jaminan 100% tanpa risiko untuk 30 hari

Macam ini. Anda boleh tempah Rahsia Emel Marketing hari ini dan cuba test dulu untuk 30 hari seterusnya. Jika anda dapati panduan ini tak begitu bermanfaat atau setimpal dengan nilai dan harga, biar saya tahu. Saya akan refund bayaran anda dan ambil feedback untuk naiktaraf panduan ini.

Kenapa saya begitu yakin? Sebab results saya sendiri dan pelajar-pelajar saya yang ikut training ini.

Jadi yang penting sekarang, anda hanya perlu beri diri sendiri peluang untuk cuba! On tak on? 🙂

yA! Saya Nak akses sekarang!

Saya faham saya akan Dapat:

Rahsia Emel Marketing - buku PDF yang tunjuk bagaimana untuk membuat kempen Emel Marketing dengan berjaya, berdasarkan ribuan emel dan kempen saya yang telah dibuktikan sejak bertahun-tahun ini
BONUS #1: Akaun Autoresponder Aweber (RM90/sebulan) - supaya anda boleh mula setup kempen pemasaran e-mel hari ni juga!
BONUS #2: FB Group Support (PRICELESS) - supaya anda boleh dapat support lanjut dan juga network dengan ahli online marketer lain
100% Satisfaction Guarantee selama 30 hari

harga biasa RM 997 RM297

Tawaran Istimewa Hari Ini RM77 Sahaja!

Salam Hangat,

P.S. Nak Share Satu Cerita...

Ini gambar saya di San Diego, Amerika Syarikat, ketika saya menghadiri persidangan 3 hari "Traffic & Conversion Summit".

Saya telah membayar yuran VIP sebanyak USD997 (atau lebih RM4,000) untuk hadir persidangan live ini dan belajar teknik pemasaran Internet terkini (termasuk e-mel marketing) dari guru-guru antarabangsa seperti Ryan Deiss, Frank Kern, Gary Vaynerchuk, dll. dan ini belum kira lagi kos penerbangan dan penginapan di hotel!

Sudah pasti ada orang tanya...

"Edmund, Mengapa Kamu Sanggup Bayar Yuran Yang Mahal, Dan Menjelajah Seorang Ke Negara Yang Sangat Jauh?"

Kerana bagi saya, ini bukan 'kos' tapi PELABURAN.

Kerana apa yang saya belajar dan bawa balik, saya yakin saya boleh grow bisnes saya berlipat kali ganda.

Dan benar juga, selepas saya hantar 1 atau 2 e-mel ke database saya, sales saya pun dah cover 'Lawatan Sambil Belajar' saya! Itulah power E-Mel Marketing.

Jadi Bayangkan Sekarang...

Kalau Anda Boleh Tingkatkan Jualan Sebanyak 20% Bulan Ini? 30%? Atau 2 Kali Ganda? Atau Dapat Tambah Beberapa Orang Klien Lagi?

Dan Anda Hanya Perlu Hantar E-Mel Saja... Berbaloi Tak?

Sewajarnya saya patut kenakan harga tinggi untuk akses info ini. Akan tetapi, saya nak buat harga mampu milik kerana saya 2 tujuan:

1. Memupuk kesedaran bahawa E-Mel Marketing berkesan sekiranya dilaksanakan dengan betul, dan

2. Kalau anda dapat results dari panduan saya, saya harap anda boleh terus jadi pelanggan saya untuk training yang akan datang. Cuma nak terus terang hasrat saya.

Apa pun, sekarang anda hanya perlu jual 1-2 unit atau dapat 1 Klien, dah beres yuran panduan ini dengan mudah.

P.P.S. Soalan Lazim

S: Adakah panduan e-mel marketing ini sesuai untuk saya?

J: Kalau anda jual produk atau perkhidmatan, terlibat dalam bidang jualan, nak leverage supaya boleh e-mel semua prospek dan pelanggan sekaligus tanpa hubungi satu per satu, ya saya galakkan anda dapatkan panduan saya.

S: Apa yang saya perlukan untuk jayakan teknik pemasaran e-mel ini?

J: Anda perlu ada autoresponder. Autoresponder ialah sejenis software atau perkhidmatan online di mana anda boleh simpan database prospek / pelanggan, dan boleh hebah e-mel kepada list anda pada bila-bila masa, atau ditetapkan mengikut jadual.

Jangan bimbang kalau belum ada autoresponder. Sebagai bonus permulaan, saya tajakan satu akaun dengan Aweber, satu servis autoresponder yang saya guna dan percayai sekian lama.

S: Berapa kos anggaran untuk buat e-mel marketing?

J: Kalau baru, boleh start percuma dulu. Kemudian bila list semakin besar, baru autoresponder akan kenakan yuran bulanan bermula dari kira-kira USD20 (RM80-90) sebulan ke atas.

S: Apakah jaminan yang saya boleh dapat result dengan teknik Emel Marketing kamu?

J: Kalau baru, boleh start percuma dulu. Kemudian bila list semakin besar, baru autoresponder akan kenakan yuran bulanan bermula dari kira-kira USD20 (RM80-90) sebulan ke atas.

Tapi jangan bimbang, kerana kos bulanan ini amat ciput anda boleh beres dengan menjual 1 atau beberapa unit produk sendiri, atau 1 klien dah settle 🙂

S: Kalau saya ini tak begitu pandai menulis, masih bolehkah?

J: Ya boleh. Pemasaran e-mel bukan bergantung kepada tulisan e-mel panjang (saya jelaskan sebab saya dalam panduan ini) sebaliknya e-mel yang pendek dan straight-to-the-point lebih digalakkan. Tak perlu begitu pakar dengan menulis ataupun terlalu jaga tatabahasa (tengok halaman web ini, anda pun dah tahu haha)

S: Hmmm, tapi orang Malaysia ada baca e-mel ke?

J: Ya, dan beli melalui e-mel juga! Saya tahu sebab saya market kepada orang Malaysia juga!

S: Ini buku fizikal atau digital?

J: Digital. Lepas bayar, dapat akses terus. Kalau tak dapat, hubungi saya dan sertakan bukti bayaran.

S: Saya kena ada database sendiri?

J: Kalau dah ada, bagus. Kalau belum lagi, tak apa. Pemasaran e-mel ini patut dibuat samada list anda kecil atau besar atau masih membina.

Penafian Pendapatan | Polisi Privasi | Terma & Syarat | Support Helpdesk | Affiliate

Hak Cipta (c) InternetMarketingMalaysia.com. Hak cipta terpelihara. Laman ini bukan sebahagian dari laman web Facebook atau Facebook Inc. Selain itu, laman web ini tidak disokong oleh Facebook dengan cara apapun. Facebook adalah tanda dagangan Facebook, Inc.

ONE-TIME OFFER!

+Dapatkan Juga 80 Super E-Mel Templates Dalam Versi Bahasa Malaysia & Inggeris!

Pakej Templat E-Mel Untuk Pelbagai Tujuan Pemasaran Dan Promo - Jurulatih Dan Ejen, Produk E-Commerce, Produk Digital /Software

Harga Biasa RM200 Cuma Tambah RM40 Sahaja!

Pilih Pakej Anda

Pilihan A

Panduan Rahsia Emel Marketing
BONUS #1: Akaun Aweber
BONUS #2: FB Group Support
100% Satisfaction Guarantee selama 30 hari

Pilihan B (TERBAIK!)

Panduan Rahsia Emel Marketing
40 Super E-Mel Templates (Bahasa Malaysia)
40 Super E-Mel Templates (Bahasa Inggeris)
BONUS #1: Akaun Aweber
BONUS #2: FB Group Support
100% Satisfaction Guarantee selama 30 hari
Close