Saya seorang usahawan Internet dengan lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran digital.
Saya telah membina bisnes mencecah 7 angka dalam USD dengan hanya menggunakan sebuah laptop dan talian Internet.
Menggunakan pengalaman dan kepakaran saya di dalam bisnes, hari ini saya ingin share bersama anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan bulanan dan membina perniagaan yang lebih besar hanya dengan menggunakan telefon anda sahaja.
Tapi sebelum tu, izinkan saya berkongsi beberapa fakta mengenai diri saya dan bisnes saya...
Perjalanan saya bermula dengan menjual Produk Digital ke seluruh dunia tapi berniaga dari rumah di Malaysia (sekarang pejabat)
Atas permintaan ramai, kadang-kala saya anjurkan bengkel dan seminar untuk mengajar Digital Marketing dan Media Sosial.
Saya juga bekerjasama dengan klien-klien VIP yang ingin dorongan lebih rapat dalam memajukan bisnes mereka...
Ini semua memberikan saya kepuasan di dalam hidup dan juga sumber pendapatan pelbagai yang menyeronokkan melalui Internet. Tapi semua ini mungkin tak penting buat anda kerana apa yang lebih utama ialah anda sendiri yang patut rasai hidup tanpa risau masalah kewangan. Sekarang…
Memang betul pun, lebih ramai rakyat Malaysia perlu bekerja lebih keras hanya untuk meneruskan hidup. (ada bekas Menteri pun pernah suruh buat 2 kerja...)
Kos sara hidup semakin meningkat, daripada sewa rumah dah mahal, cukai sana-sini kena bayar, makanan harga bapak kapak dan barangan runcit semakin meningkat hari ke hari.
Keadaan ini juga menyebabkan semakin ramai yang tak mampu ambil cuti untuk merehatkan diri dan minda mereka… takut terlebih bajet pulak ataupun takut gaji kena potong.
Tengoklah sendiri… Kalau gaji RM2,000 sebulan, RM1,400 habis macam tu aje!
Tu belum tolak duit untuk simpanan, untuk mak di kampong, bayar PTPTN dan backup untuk masa kecemasan. Zakat dan cukai dah bayar ke belum?
In the end, gaji jadi negatif. Bayangkan dalam zaman canggih ni, ada lagi orang terpaksa hidup dengan gaji yang tak sebanyak atau "live below your means". Media massa pun ada melaporkan…
Kadar pendapatan majoriti rakyat Malaysia masih tak mampu untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Dan ini menyebabkan ramai yang berhutang keliling pinggang.
Harga barangan meningkat tapi kadar gaji pula tidak meningkat secara kompetitif. Itulah sebabnya ramai rakyat Malaysia terfikir untuk mengambil tindakan proaktif seperti memulakan bisnes sendiri.
Tapi anda pun tahu, sesebuah bisnes konvensional memerlukan starting capital yang besar.
Dah la begitu macam, risikonya jugak amat tinggi untuk terpaksa gulung tikar nanti. Dalam masa 5 tahun pertama, 90% bisnes di Malaysia tutup kedai... kerugian.
Selain itu, ada juga yang mencuba nasib dengan melabur dalam saham, hartanah, pegangan syer mahupun emas atau perak. Ini juga agak bermasalah kerana jika seseorang hendak melabur, modal yang besar juga diperlukan supaya pulangannya pun berbaloi.
Selain itu, jangka masa untuk mendapatkan pulangan amatlah lama, ada yang ambil masa berpuluh tahun menunggu.
Tambahan lagi, kalau melabur tanpa ilmu, nanti semuanya lebur begitu aje. Tak ke gitu?
Pendek kata, jika anda nak mula berniaga secara konvensional ataupun melabur, saya boleh agak yang ramai tak akan mampu, 90% pula akan gagal. Pusing sana, pusing sini, sama aje.
Ramailah yang akhirnya terperangkap dalam kitar kemiskinan, nak beli barangan dapur pun tak mampu.
Nasib baik anda berada di sini. Masih ada sebuah model bisnes “lain daripada biasa” yang anda mampu usahakan, Tanpa Risiko Dan Kos Yang Tinggi.
Tambahan pula, anda sebenarnya sudahpun berada di dalam bisnes ini. Satu kaki dah masuk tapi malangnya anda tak sedar dan pastinya tak dapat walau 1 sen pun!
Biar saya tunjukkan kepada anda hak yang patut anda terima selama ini...
Buat kerja sekali, pendapatan pula berkali-kali. Itulah gol saya untuk anda. Buku ini ditulis ringkas dan padat, dicipta untuk membantu anda untuk start bisnes yang akan terus memberi ganjaran bukan hari ini sahaja, tetapi juga bulan depan, lagi dan lagi dan lagi dan lagi….
Sebelum saya teruskan, buku ini adalah dalam format digital. Jadi, tiada sebarang kiriman pos akan dilakukan. Sebaik sahaja pembelian anda disahkan, anda boleh download dan terus baca maklumat di dalam buku ini. Di dalamnya, anda akan didedahkan dengan:
Dan yang paling penting ialah anda sudah pun guna handphone, kenapa tak jadikannya sebagai sumber pendapatan giler-giler punya hebat?
Ramai yang semakin terasa jurang antara kos hidup dengan hasil gaji. Lebih-lebih lagi lepas PKP dan wabak coronavirus.
Semakin hari, semakin banyak berita tentang kesan jurang ini, seperti mencuri makanan di pasaraya hanya kera mahu memberi makan kepada keluarga. Jadi, saya tergerak hati untuk mencari penyelesaian yang efektif dengan segera.
Majoriti orang ramai rela bertungkus lumus bulan demi bulan hanya semata-mata untuk dapatkan henfon model terbaru. Tapi bagi yang celik peluang bisnes, sudah tiba masanya anda leverage gajet yang sudah sedia ada ni.
Terdapat lebih daripada 40 juta nombor telefon yang telah didaftarkan di Malaysia, tetapi ramai yang masih tidak sedar yang kesemua nombor ini adalah potensi penjana pendapatan berterusan mereka! Pendek kata, ini adalah peluang besar untuk terokai perniagaan ini.
Anda tidak perlu jadi selebriti popular, public figure ataupun mempunyai bilangan pengikut (follower) sama sekali pun. Langsung tidak kena mengena.
Sememangnya, starting capital anda hanya di bawah RM100 untuk mulakan perniagaan ini!
Walaupun ada kemelesetan di Malaysia, ramai masih memerlukan telefon untuk berkomunikasi setiap hari. Jadi, ia menjadi peluang anda untuk membantu mereka mendapatkan kelebihan hanya dari penggunaan telefon bimbit mereka sahaja.
Perniagaan ini boleh diwarisi oleh keluarga atau pasangan anda jika anda ada apa-apa kemalangan dan ini boleh memastikan keluarga atau pasangan anda boleh terus mengambangkan bisnes ini tanpa risau atau ragu-ragu.
Percaya atau tidak, kalau saya nak kaut untung dengan buku ini, saya akan terus tetapkan harga pada RM199 atau lebih mahal. Dan sering kali saya jual produk digital pada harga sebegini.
Tapi bukan itu tujuan saya hari ini.
Melalui buku ini, saya nak tolong anda belajar tentang sebuah bisnes yang hebat, yang anda boleh mulakan dengan modal yang amat rendah.
Saya nak tolong supaya lebih ramai orang mampu belajar daripada saya dan mampu ubah nasib sedikit sebanyak. Itu barulah misi saya dengan mesej ini.
Tetapi pada masa yang sama, saya tak boleh berikan maklumat ini percuma sahaja, kerana berdasarkan pengalaman, barang percuma selalunya tak dihargai walaupun nilainya amat tinggi.
Jadi, saya buat keputusan…
Saya nak berikan buku Mobile Wealth Secrets ini pada
Harga Biasa RM199Hari Ini Sahaja RM39
Selepas pembayaran dibuat, anda akan dapat emel yang akan membawa anda ke laman web di mana anda boleh muat turun buku PDF anda.
Memang boleh! Asalkan ada ada sebuah telefon bimbit dan menukar simkad anda.
Anda juga tak perlukan pengalaman perniagaan yang luas. kami telah pastikan yang "barrier of entry" bisnes ini adalah serendah yang mungkin.
Sudah tentu! Di dalam buku ini terdapat cara untuk bukan sahaja mulakan bisnes ini, anda juga diberi cara untuk mengembangkan bisnes ini dengan pesat dan menjana pendapatan pasif secara berterusan.
Penafian Pendapatan | Polisi Privasi | Terma & Syarat
Hak Cipta (c) InternetMarketingMalaysia.com. Hak cipta terpelihara. Laman ini bukan sebahagian dari laman web Facebook atau Facebook Inc. Selain itu, laman web ini tidak disokong oleh Facebook dengan cara apapun. Facebook adalah tanda dagangan Facebook, Inc.